Saturday 12 May 2012

NAK CANTIK dan BERHIAS, ADA ADABNYA...

Assalamualaikum kepada semue pembace blog saye yang tak seberape ni.. Kalau sebelom ini saye sering kongsi cara-cara, tips-tips, dan kaedah bagaimana nak cantik serta sihat.. Namun berbeza dengan isi blog saye pada kali ini, saye ingin berkongsi  tentang adab-adab untuk berhias.. Tidak salah untuk kita kaum wanita untuk berhias namun, ianya ada batas dan adab yang perlu kita ambik tahu.. Hal ini kerana, akan menjadi kesalahan disisi Islam apabila kita terlalu ghairah untuk berhias sehingga menimbulkan fitnah..

Berhias diri bermaksud penjagaan anggota fizikal, berpakaian, perhiasan, dan penampilan diri agar nampak kemas, cantik dan menarik. Tapi, korang kene tahu yang Islam ade meggariskan beberapa panduan yang perlu dipatuhi sebelom korang nak berhias bagai nak rak.. So, dalam blog ni saye nak share sikit tentang adab-adab tu..



ADAB-ADAB BERHIAS

  • Mensyukuri nikmat Allah
    • mesti korang rase best bile ade orang puji muke korang cantik bak bidadari. Tapi, korang kene ingat jangan la sesekali riak dengan kecantikan dan kelebihan yang Allah bagi kat korang. Sebaliknye korang kene ade sifat merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya.

  • Tidak memakai pakaian yang berlainan jantina
    • seperti yang kite tengok zaman sekarang ni banyak mempunyai watak yang terpesong contohnye yang lelaki berkelakuan seperti perempuan dan sebaliknye. Perbuatan meniru gaya lelaki atau perempuann yang berlawanan dengan jantina kamu adalah haram. Sesugguhnya Allah melaknat orang yang terpesong dan sesat. So, pakailah pakaian yang sesuai dengan jantina korang ye..Jangan nak ngade-ngade tukar ataupun nak try-try..

  • Menutup aurat dan tidak jarang
    • Korang kene pastikan bile keluar bersiar-siar korang pakai baju yang tidak jarang dan ketat. Sebabnye, nak halang daripada pandangan kaum lelaki yang penuh dengan pandangan nafsu. Selain itu, korang kene tutup aurat, kerana ianya adalah kehendak agama Islam dan ianya amatlah dituntut bagi setiap umat Islam. Membuka aurat dilarang sama sekali dalam Islam kerana boleh menimbulkan pelbagai pekara yang tidak elok.



  • Tatu, cabut bulu kening, atau muka dan mengasah gigi.
    • Perbuatan yang dinyatakan diatas adalah dilarang sama sekali da sesiape yang ingkar neraka adalah tempat mereka. Ini adalah kerana ketiga-tiga perbuatan itu, mengubah ciptaan Allah. Allah mengutuk wanita yang ingin mengubah ciptaan-Nya. Sesungguhnya, ciptaan Tuhan itu adalah indah tiada kuasa yang boleh melawanNya. Bersyukurlah dengan pemberian Allah.


  • Membaca doa berhias diri
    • Sudah kita pelajari sejak dari kecil setiap perbuatan akan dimulakan dengan niat dan doa. Sama seperti berhias. Apabila korang nak tengok cermin bacalah doa yang telah disarankan. Doa tersebut adalah seperti berikut



اََللَّهُمَّ ا َنْتَ حَسَّنْتَ خَلْقِي فََحَسَّْنْ خُلُقِي وَحَرِّمْ 

وَجْهِيْ عَلََى النَّارِِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي سَوَّى خَلْقِيْ 

فَعَدَ لَهُ وَكَرَمَ صُوْرَةَ وَجْهِِِي فَاَحْسَنَهَا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Hai Tuhan, engkau telah mengindahkan kejadianku, maka perindahkanlah perangaiku, haramkanlah mukaku dari api neraka, puji-pujian bagi Allah yang menjadikan aku lalu disempurnakannya dengan kemurahannya diperindahkan rupaku dan Ia menjadikan aku dari golongan orang-orang Islam”.



Kesan- kesan kepada mereka yang tidak menjaga adab berhias diri


-Tidak disukai oleh orang ramai dan akan dipulaukan.
-Terjerumus ke kancah maksiat
-Mewujudkan sifat suka dipuji.



*PETUA HARI INI:

-NAK SERI WAJAH


Bagi korang yang nak nampak muke tu berseri-seri boleh la ikut petua ni.. Petua ni jugak sesuai untuk orang yang nak naik pelamin.. Seri pengantin la kan..


  • BAHAN-BAHAN
    • AIR
    • TONER, PELEMBAB & BEDAK
    • CERMIN
  • CARA-CARA
    • MULA-MULA KORANG BASUH MUKE ATAUPUN LEPAS AMBIK WUDHUK( BIAR KERING NATURAL TANPA LAP NGAN TUALA)
    • THEN, BACE "AUZUBILLAHHI MIN SYAITON NIRROJIM" DAN TERUS TGK CERMIN  LAGI ELOK KALAU BACE DOA TGK CERMIN.
    • BACA BISMILLAH DAN PAKAI LA TONER & PELEMBAB 
    • SEBELOM PAKAI BEDAK, BACE AYAT KURSI 3X AND THEN TIUP KAT ATAS BEDAK KORANG TU.
    • LASTLY, MOHON LA KAT ALLAH SUPAYA DIRI KORANG JAUH DARI PERASAAN RIAK


gambar sekadar hiasan


No comments:

Post a Comment