Thursday 10 May 2012

MAKANAN SIHAT AMALAN RASULULLAH...

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian...halluuu... Harap semuenye sihat-sihat belaka... Kali ini saye ingin bercerite tentang makanan yang kite makan selama ini... Selama ini, kite sering di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan... Kite juga terpengaruh dengan cara dan jenis pemakanan yang telah di kemaskinikan oleh barat... Namun pernah anda semue tahu dalam Islam juga ade makanan yang lebih sihat dan mengikut sunnah Nabi SWT yang sering baginda amalkan... Antara makanan yang sepatutnye kita ambil adalah susu kambing, habbatus sauda, madu, dan kurma... Dalam blog ni saye akan membongkarkan rahsia dan khasiat makanan yang tersenarai tadi...



  1. SUSU KAMBING
  • Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Selain itu, disebabkan zarahnye yang halus dan sifatnya yang menyingkirkan asid, so susu ni sangat sesuai bagi orang yang menghidap penyakit ulser perut dan gastrik. Jika diambil secara konsisten ia boleh menjamin kesihatan kite...
    • Kelebihan susu kambing
      • kaya dengan protein, fosforus, vitamin B2 dan potassium
      • alahan laktosa
      • tidak membentuk lendir
      • bersifat alkali
      • kaya dengan nineral selenium 
      • kaya dengan bahan bioorganic sodium
2. HABBATUS SAUDA

  • Khasiat makanan ini adalah ianya memiliki imun yang tinggi. Merupakan penawar bagi semua penyakit kecuali mati. Jika anda mengambil makanan ini setiap hari, anda akan melihat kesannya di mana anda sukar diserang penyakit. Habbatus sauda memiliki lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Ianya juga merupakan satu makanan tanbahan yang boleh membetulkan sistem tubuh seseorang individu. Dengan itu anda akan merasa lebih sihat dan cergas dengan mengambilnya sebagai makanan tambahan. 

3.  MADU
  • Semua orang mesti kenal madu kan? Bukan madu yang suami lain tu ye. Ni madu makanan ok. Madu bukan sahaja boleh dimakan tapi khasiatnya boleh diguna secara menyeluruh untuk kulit, rambut, dan sebagainya ini kerana madu kaya dengan pelbagai vitamin A,B kompleks, C, D dan E serta boleh membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan kite. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fostat yang boleh dijadikan ubat dan penawar pelbagai penyakit. Ianya juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3.
4. KURMA

  • Seperti yang kita tahu, kurma adalah makanan yang paling banyak khasiatnya. Oleh itu, kite tidak perlu ragu akan makanan sunnah ni. Kuram secara saintifiknya sangat kaya dengan protein, serat, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium damn potassium. Ia juga membantu menyerap tenaga dengan segera selain membantu menguatkan daya ingatan. Pengambilan yang kerap menjamin kesihatan yubuh badan berpanjangan. Selain itu, buah kurma dapat mendidik jiwa. So, makan la ye kurma boleh ikut sunnah Rasulullah..

* Sekarang semue da tau kan ape khasiat makanan-makanan yang sering kite lupekan. So, mulai dari sekarang makanlah makanan ini supaya dapat kesihatan badan yang kekal sekaligus dapat mengamalkan amalan Rasulullah. Sudah tentu anda semue akan mendapat pahala. Apabila kite makan makanan yang sihat sudah tentu kite akan melakukan Ibadah kepada Allah dengan ikhlas tanpa sebarang gangguan atau masalah kesihatan... So, SELAMAT MENCUBA... senyum selalu...





*PETUA HARI INI:


- MELICINKAN DAN MELEMBUTKAN MUKA

  • BAHAN YANG DIPERLUKAN
    • MADU

  • CARA-CARA
    • AMBIL MADU DAN SAPUKAN KE SELURUH MUKA.
    • BIARKAN SEHINGGA KERING.
    • BOLEH JUGA DISAPUKAN PADA BIBIR UNTUK MENDAPAT BIBIR YANG MERAH TANPA MEMAKAI LIPSTIK.













No comments:

Post a Comment