Saturday 12 May 2012

KETAHUI DIET YANG SIHAT


Salam manis kepada semua... Straight to the point je la ye..Kat dalam blog kali ni saye nak bg tips-tips diet yang sihat tanpa ada sebarang effect yang memudaratkan... Korang nak tau tak, kat negara China dan Korea kadar obesiti paling rendah. Ini adalah kerana di negara tersebut mengamalkan pemakanan yang sihat dan sering melakukan riadah untuk menjamin hayat yang panjang...

Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang tu sedang berdiet, mule-mule je berusaha keras nak diet tapi bile da lame-lame mesti da rase bosan kan.. Hal ini terjadi disebabkan korang semue tak bleh tahan nafsu tengok makanan yang sedap-sedap.. Masalah seperti ini perlu diatasi, itupun kalau korang idam-idamkan badan yang ideal dan langsing..




CARA DIET YANG SIHAT DAN KESANNYA

  1. Rawatan moden 
  • kebanyakkan spa dan urutan ada menyediakan perkhidmatan rawatan moden untuk setiap pelanggan. Antara rawatan yang disarankan adalah urutan vakum ataupun frekuensi radio. Selain daripada korang berdiet cara teknologi inovatif ni terbukti secara teknikal dapat memberikan kesan kepada tubuh badan kerana mampu memecahkan lemak yang berada di paha, betis dan lengan. Jika korang wat urutan ni secara berterusan pasti hasilnya memuaskan. Yang paling penting, korang tak payah la nk tahan nafsu makan.
2.  Cara tradisional
  • Kalau nak badan yang sihat korang mesti dan wajib makan makanan yang berkhasiat. Korang bleh la tiru gaya pemakanan orang Jepun sebab diorang sentiasa makanan yang menjadi aset penting untuk mendapatkan tubuh dan berat badan yang ideal. Makanan utama mereka adalah soya, ikan, sayur-sayuran, nasi menggantikan roti, dan menjamah pencuci mulut dengan kuantiti yang sedikit. Tapi, korang kene la wat senaman kalau nak badan yang cantik dan maintain. 



3.  Makanan tambahan
  • Makanan tambahan yang dimaksudkan adalah kapsul , serbuk ataupun cecair yang menjadi kebiasaan bagi orang yang nak berdiet. Tapi korang kene pastikan ia memenuhi kriteria makanan kesihatan iaitu vitamin, mineral, botani, dan asid amino yg merupakan unsur penting untuk diet. Pastikan jugak kandungan makanan tambahan yang korang makan tu tidak memudaratkan. Sebenarnya, kalau korang da jage pemakanan tak payah la nak amik supplement.Sebagai contonye, khasiat sebiji oren jauh beza dengan tablet yang sama.
4.  Pegang pada prinsip

  • Ini adalah cara yang paling penting dalam peraturan untuk berdiet. Jangan la korang janji pada mulut je, korang kene la ikut segale arahan dan cara nak berdiet dengan betul dan berkesan. Korang kene ingat, nak makan boleh tapi dengan kuantiti yang sedikit. Dengan cara itu, korang bleh makan apae sahaja. Tapi jangan la sampai overdos ye. Ingat-ingat la dunie ye. Dan makan la hanya 80% sahaja sebelum korang kenyang demi kesihatan yang terjamin.







INFO TAMBAHAN
  • - Jika korang boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari, dengan serta merta korang da bleh turunkan berat badan sebanyak 0.5 kg.
  • Dalam sebulan korang boleh kehilangan berat badan sebanyak 2 hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa sebulan.
  • Oleh itu, adalah penting untuk meggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan.


( Sumber daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) 






*PETUA HARI INI:


- DIET BERKESAN


  • KURANGKAN MAKAN MAKANAN YANG BERLEMAK DAN MAKAN NASI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT. GANTIKAN DENGAN ROTI BIJIRIN.
  • BUAT EXERCISE SEKURANG-KURANGNYE 30 MINIT. SENAMAN YANG PALING BERKESAN ADALAH JOGGING DAN BERENANG.

No comments:

Post a Comment