Tuesday, 24 April 2012

RAHSIA KEKAL CANTIK DAN SIHAT CARA ISLAM

cantik luar cantik dalam...
Salam, sye ucapkan kepada semua pembace blog.. Tujuan sye menulis blog pada ketike ini adalah untuk berkongsi rahsia kekal cantik dan sihat ikut cara Islam.. Seperti yang kita tau kalau di sebut sahaja cantik sudah tentu kite terbayang wanita..Memang sudah berabad yang lau, wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. So, tidak hairanlah kalau wanita sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan cantik termasuklah memakai atau menggunaka product kecantikan dan kesihatan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan mereka.. 

Namun begitu, Islam adalah indah. Ada beberapa cara untuk kita sihat dan cantik sepanjang hayat tanpa mengenakan product yang mahal yang akhirnya memudaratkan diri.. Selain itu, kite juga akan memperolehi pahala jika kita mempraktikkan amalan ini selalu.. Marilah sama-sama kita lihat da teliti cara untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan ikut cara Islam



  • Cuci wajah 5x sehari
Jika mahu wajah sentiasa segar dan berseri-seri dan cantik cucilah wajah dengan air wuduk 5x kali sehari.. Sudah tentu kita sebagai seorang umat Islam, kite akan mengambil wuduk 5x sehari. Lihatlah betapa indahnya Islams sehinggakan pekara sekecil itupun ada hikmah disebaliknye. Untuk lebih berkesan jangan lap air wuduk, biarkan ianya kering dengan sendirinya, seterusnya solatlah seperti biasa dan berzikir, berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.





  • Bersenam elakkan stress
Stress amat dikenali terutama sekali dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Ini kerana mereka mempunyai kommitmen yang banyak untuk diselesaikan ditambah pula dengan maslah yang dihadapinya. Untuk menghilangkan stress, caranya amat mudah sekali iaitu senam melalui solat. Ketika dalam solat anggota badan kite bergerak dan peredaran darah juga menjadi lancar. Oleh itu, dengan cara ini dapat menghilangkan stress. Ini adalah cara yang terbaik untuk bersenam.


  • Rahsia bibir cantik
Adakah anda mengidam-idamkan bibir yang cantik dan mungil? Caranya adalah mujdah sahaja tanpa memakai lipstik ataupun cucuk botok. Kita hanya perlu mengucapkan kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan juga tidak sombong atau takabur.




  • Dikenali dan disayangi
Setiap insan yang dilahirkan di bumi Allah ini pasti ingin disayangi dan dihormati. Oleh itu, kita seharusnya mengungkapkan lata salam kepada semua insan yang kita temui samada di kuliah ataupun masjid. Selain itu kita dapat pengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan kita juga dapat meluaskan persahabatan. Melaui cara ini anda akan lebih dikenali dan disayangi oleh ramai orang.


  • Tubuh langsing jadi idaman
Untuk mendapatkan tubuh yang cantik dan langsing anda tidak perlu berbelanja banyak dan tidak perlu menelan pil kurus mahupun diet. Anda hanya perflu berpuasa Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Ini dapat mengekalkan tubuh anda siaht dan langsing. Anda juga boleh merehatkan  perut untuk makan makanan yang pelbagai. Ingatlah, makan makanan yang halal, perbanyakkan makn sayuran da buahan, minum air kosong sekurang-kurangnye 8 gelas sehati.

Kesemua cara diatas adalah senang untuk anda praktikkan sepanjang masa untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan yang lebih berkualiti dan terjamin.. Kepada semua pembaca blog sye selamt mencuba...




gambar sekadar hiasan




*PETUA HARI INI:


-HILANGKAN PARUT

  • AMBIK DAUN LIDAH BUAYA DAN SAPUKAN PADA PARUT YANG BERKENAAN.
  • BIARKAN SEHINGGA KERING.
  • LEBIH ELOK JIKA SAPUKAN KETIKA PARUT MASIH BARU.
  • DAUN INI JUGA BOLEH DISAPUKAN PADA SELURUH WAJAH UNTUK MENDAPAT WAJAH YANG LICIN DAN MULUS.





No comments:

Post a Comment